Ini merupakan satu platform ilmu pengetahuan dalam membantu usahawan tempatan..Moga idea, ilmu, pengalaman yang dikongsikan akan memberi inspirasi untuk kita semua.. Idea dan cadangan yang diberikan dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata.. Moga sedikit sebanyak boleh membantu lebih ramai usahawan tempatan berkembang dan lebih berjaya di masa akan datang..Aamiin..
Saturday, 25 May 2019
TENTANG SAYA
Saya merupakan seorang Usahawan yang pernah melakukan pelbagai jenis perniagaan. Kini saya memberi fokus kepada menjalankan perniagaan katering yang membekalkan perkhidmatan kepada jabatan kerajaan, syarikat dan orang perseorangan.
Saya juga merupakan seorang Certified Master Trainer eUsahawan yang menjalankan latihan/ workshop kepada usahawan tempatan di seluruh Sarawak. eUsahawan merupakan satu platform latihan keusahawanan yang dijalankan atas usaha Malaysia Development Economy Corporation (MDEC) sebuah institusi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Latarbelakang pendidikan, saya merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran) dari Universiti Teknologi MARA, Kota Samarahan, Sarawak.
Saya pernah menjalani latihan praktikal dan menjalankan thesis di Sarawak Timber Industry Corporation (STIDC) dan menjalankan kajian bertajuk "The Effectiveness of Marketing Strategy Implementation By STIDC's Vendor in Sarawak".
Pengalaman bekerja, saya pernah bekerja sebagai Pegawai Pemasaran di sebuah syarikat pembekalan perabot ke seluruh Sarawak, iaitu WH Furniture Sdn Bhd. Di syarikat ini saya dipertanggungjawabkan untuk menguruskan urusan pentadbiran syarikat, merancang aktiviti pemasaran, melakukan tindakan susulan berkenaan kepuasan pelanggan, dan seterusnya meningkatkan jualan syarikat dari masa ke semasa. Nilai jualan syarikat ini adalah bernilai hampir RM4 juta setahun.
Saya juga merupakan bekas pegawai bank yang pernah bertugas di HSBC Bank, RHB Bank dan Credit Gurantee Corporation (CGC) cawangan Kuching Sarawak. Saya membina hubungan yang baik dengan menyelesaikan masalah ramai pelanggan dan ini memudahkan saya mendapat 'referral' atau diperkenalkan kepada pelanggan yang lain sekaligus membina rangkaian pelanggan yang ramai dalam pasaran.
Saya juga pernah mendapat anugerah sebagai Top Sales dalam Kategori Jualan ASB ketika berada di RHB Bank Berhad.
Pengalaman sebagai Marketer lebih 10 tahun memberikan kekuatan untuk saya membantu lebih ramai usahawan tempatan untuk lebih berkembang. Moga usaha saya dipermudahkan dan mendapat sokongan anda dan lebih ramai pihak..Aamiin..
Terima Kasih...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
NAK "VIRTUAL OFFICE" ATAU NAK SEWA PEJABAT FIZIKAL? PERLUKAH USAHAWAN MEMILIKI KEDAI FIZIKAL?
Saya banyak memberi fokus kepada usahawan kecil yg mula bertapak dalam perniagaan. Ya bukan mudah untuk usahawan kecil yang memulakan pernia...
Terbaikkkkk..Semoga dipermudahkan segala urusan & Niat baik
ReplyDeleteTQ So Much atas doanya..semoga sama2 sukses!!
Delete