Wednesday, 19 May 2021

NAK "VIRTUAL OFFICE" ATAU NAK SEWA PEJABAT FIZIKAL? PERLUKAH USAHAWAN MEMILIKI KEDAI FIZIKAL?


Saya banyak memberi fokus kepada usahawan kecil yg mula bertapak dalam perniagaan.

Ya bukan mudah untuk usahawan kecil yang memulakan perniagaan nak bertapak dengan modal yang rendah.

Namun, jika digilap potensi perniagaan tersebut, memahami apa yg perlu dan dengan perancangan strategi yang baik pastinya perniagaan yg kecil pun akan terus berkembang baik dalam jangka panjang.

Pengalaman ini, saya dan isteri sendiri yang merasakan. Kami juga pernah melalui tempoh sukar.

Bermula dengan hanya apa yang ada di tangan sahaja. Bila ada tempahan, baru berani buat stok. Itupun cukup2 untuk memenuhi tempahan tersebut.

Kami sendiri juga pernah berniaga nasi lemak bangun seawal 3 pagi.. bergegas nak siapkan sebab nak hantar ke stall yang berdekatan dengan masjid dan surau.

Berniaga di Uptown, sungguhpun pada peringkat awal kami tidak dikenali. Melihat pengunjung lalu lalang di hadapan kami pun menjadi satu cabaran jiwa kepada peniaga seperti kami ketika itu. 

Hanya mampu memanggil2 pengunjung untuk singgah membeli tidak mencukupi sebenarnya.

Berniaga di gerai kecil dalam kedai dengan fokus kepada menu special pun pernah. Gaji pekerja dan sewa stall tetap wajib  dibayar walaupun jualan pada hari tersebut tidak seberapa.

Memiliki perniagaan harus diseimbangkan dengan memiliki asas perniagaan yang cukup.

Nak memiliki kedai fizikal adalah impian setiap usahawan.

Bagi saya ini bergantung kpd keperluan.

Boleh saja diusahakan seandainya kita mampu untuk menyediakan modal yg mencukupi untuk perbelanjaan operasi perniagaan

Apa yg kita boleh maksudkan dgn cukup modal?

Bila kita masuk ke kedai fizikal, pastinya perlu kepada deposit kedai. Biasanya kita perlu menyediakan 3+1 deposit. Maksudnya 3 bulan deposit sewa dan 1 bulan bayaran bil elektrik dan air. 

Jika sewaan adalah RM2500, datang dgn 3 bln deposit adalah RM2500 x3= RM7500. Kena tambah komitmen sewaan setiap bulan RM2500. Deposit bil elektrik mungkin RM300 utk satu bulan.

Dah masuk kedai, perlu pulak nak membuat pengubahsuaian. Mungkin paling kurang pun RM50,000. 

Dah ada kedai, mestilah ada pekerja yang menjaga kedai. Sekurang-kurangnya ada 2 org. Bila sorang nk pergi tandas, sekurang2nya 1 org lagi dah standby. Satu org bergaji minimum RM1200, kalau 2 org xRM1200= RM2400.

Pastu, stok kena standby jika benar berkonsepkan kedai fizikal utk pelanggan makan dine-in. Kalau stok dalam RM1000 x26 hari buka kedai maksudnya RM26000. (Ni mungkin boleh consider guna rolling setiap hari beli..)

Ok. Cuba kira balik, untuk permulaan perniagaan di kedai fizikal, kena sediakan:
RM7500+RM2500+RM300+RM50,000+ RM2400 = RM62,700.00

Komitmen setiap bulan RM2500 +300 +2400 = Rm5200. Untuk pastikan perniagaan bersedia dengan penerimaan pasaran  kena sediakan bajet x6bulan iaitu RM31,200. 

Ini belum termasuk kos bahan seperti stok bahan mentah, caruman KWSP dan PERKESO pekerja.

Tapi itu dulu. Dengan keadaan pandemik sekarang, PKP/PKPB/PKPD bila2 sahaja boleh berlaku. 

Rizab tunai wajib fikirkan kerana operasi terpaksa disekat atau mungkin dihentikan walhal segala kos tetap terpaksa ditanggung, dibayar kepada pemilik bangunan.

So, bersedia dengan pertimbangan sewajarnya amat penting untuk diambil kira untuk mengelakkan kerugian lebih besar.

Kalau masih berkira2 dengan modal mungkin lebih baik fokus kepada pembangunan produk dan aktiviti pemasaran untuk tingkatkan jualan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk usahawan kecil yang berkira2 untuk membina kedai fizikal.

Saturday, 25 May 2019

TENTANG SAYA


Saya merupakan seorang Usahawan yang pernah melakukan pelbagai jenis perniagaan. Kini saya memberi fokus kepada menjalankan perniagaan katering yang membekalkan perkhidmatan kepada jabatan kerajaan, syarikat dan orang perseorangan.

Saya juga merupakan seorang Certified Master Trainer eUsahawan yang menjalankan latihan/ workshop kepada usahawan tempatan di seluruh Sarawak. eUsahawan merupakan satu platform latihan keusahawanan yang dijalankan atas usaha Malaysia Development Economy Corporation (MDEC)  sebuah institusi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Latarbelakang pendidikan, saya merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran) dari Universiti Teknologi MARA, Kota Samarahan, Sarawak.

Saya pernah menjalani latihan praktikal dan menjalankan thesis di Sarawak Timber Industry Corporation (STIDC) dan menjalankan kajian bertajuk "The Effectiveness of Marketing Strategy Implementation By STIDC's Vendor in Sarawak".

Pengalaman bekerja, saya pernah bekerja sebagai Pegawai Pemasaran di sebuah syarikat pembekalan perabot ke seluruh Sarawak, iaitu WH Furniture Sdn Bhd. Di syarikat ini saya dipertanggungjawabkan untuk menguruskan urusan pentadbiran syarikat, merancang aktiviti pemasaran, melakukan tindakan susulan berkenaan kepuasan pelanggan, dan seterusnya meningkatkan jualan syarikat dari masa ke semasa.  Nilai jualan syarikat ini adalah bernilai hampir RM4 juta setahun.

Saya juga merupakan bekas pegawai bank yang pernah bertugas di HSBC Bank, RHB Bank dan Credit Gurantee Corporation (CGC) cawangan Kuching Sarawak. Saya membina hubungan yang baik dengan menyelesaikan masalah ramai pelanggan dan ini memudahkan saya mendapat 'referral' atau diperkenalkan kepada pelanggan yang lain sekaligus membina rangkaian pelanggan yang ramai dalam pasaran.

Saya juga pernah mendapat anugerah sebagai Top Sales dalam Kategori Jualan ASB ketika berada di RHB Bank Berhad.

Pengalaman sebagai Marketer lebih 10 tahun memberikan kekuatan untuk saya membantu lebih ramai usahawan tempatan untuk lebih berkembang. Moga usaha saya dipermudahkan dan mendapat sokongan anda dan lebih ramai pihak..Aamiin..

Terima Kasih...

Friday, 23 November 2018

TRIP BUDGET CUTI SEKOLAH

Assalam..Salam Sejahtera..

Ini merupakan trip family ke Kuching-Kuala Lumpur-Cameron Highland,Pahang- Kelantan Darul Naim-Terengganu-Kuala Lumpur-Kuching..

Hari ini merupakan hari ke-4 dalam trip ini. Bermula dgn perjalanan hari Isnin yang lepas ke Kuala Lumpur dan terus check-in di Sepang. Perjalanan kami bermula pada hari Selasa,20 November 2018 kira-kira jam 10pagi ke Cameron Highland setelah bersarapan di kedai berdekatan hotel penginapan kami.

Seterusnya saya akan sambung lagi bagaimana saya yang tak pernah memandu di Kuala Lumpur atau di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia,tetapi kali ini merasakan pengalaman memandu yang agak berlainan dan terus sahaja menjelajah sehingga ke Negeri Penyu!😍

Apa yang lebih penting, trip ini adalah bersifat menikmati percutian sekaligus mencari inspirasi berkaitan menu masakan yang mungkin kami akan perolehi untuk menambah baik perniagaan katering yang kami suami isteri jalankan.

Semoga dipermudahkan..

Jumpa lagi di siri seterusnya!!

-Najib Hamdan-


Friday, 16 November 2018

SALAM UKHWAH..

Assalam & salam sejahtera..

Ini merupakan posting pertama saya setelah sekian lama menyepikan diri dari dunia blogging..
Selamat datang bagi yang mungkin pertama kali melawat ke blog saya ini..
InsyaAllah,pastinya saya berhasrat untuk kembali aktif dlm blogging. 

Walaupun dunia digital sentiasa berubah dan sentiasa ada sahaja perkara baru hadir tanpa kita sedar! Namun percayalah, setiap perubahan itu pastinya ada kebaikannya masing-masing..
Hatta,dulu pun terdapat pelbagai syarikat yang menawarkan platform blog percuma (sekarang pun masih percuma!) yang boleh sahaja digunakan oleh sesiapa sahaja yang mahu mengasah bakat,berkongsi cerita,berkongsi ilmu dan sebagainya.. 
apa yang penting,segalanya bergantung dengan niat..

Mudah-mudahan dengan adanya blog saya ini, akan dapat membantu sesiapa sahaja yang memerlukan maklumat tertentu..
Salam ukhwah dari saya..

NAK "VIRTUAL OFFICE" ATAU NAK SEWA PEJABAT FIZIKAL? PERLUKAH USAHAWAN MEMILIKI KEDAI FIZIKAL?

Saya banyak memberi fokus kepada usahawan kecil yg mula bertapak dalam perniagaan. Ya bukan mudah untuk usahawan kecil yang memulakan pernia...