Assalamualaikum..
Hi!! Salam Sejahtera!
Apa khabar? Salam perkenalan dari saya..
Saya diberi nama Wan Najib Wan Hamdan dan lebih mudah dikenali sebagai Coach WAN. Saya merupakan graduan dalam Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaaan (Pemasaran) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Kota Samarahan, Sarawak.
Sebelum ini saya pernah bekerja sebagai Pegawai Pemasaran syarikat swasta, Eksekutif Bank dan pernah juga sebagai Penolong Pengurus Bank, sebelum terlibat dalam bidang keusahawanan sepenuh masa pada penghujung tahun 2013.
Saya merupakan Certified Master Trainer eUsahawan yang dan telah mula berkecimpung secara formal dalam dunia kejurulatihan dan konsultan sejak tahun 2018
Bermula dengan niat untuk membantu usahawan tempatan yang agak ketinggalan dalam ilmu keusahawanan digital, saya mula bergiat aktif dalam mengadakan kelas2 keusahawanan digital di seluruh Sarawak terutamanya di kawasan luar bandar.
Saya percaya usahawan tempatan patut diberikan peluang untuk terus mengorak langkah dan mempelajari ilmu keusahawanan sebagai pendedahan awal sehinggalah boleh berdikari melakukan aktiviti pemasaran untuk perniagaan mereka.
Saya telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan ilmu dalam bidang pembangunan diri iaitu Neuro Linguistic Programming (NLP) sebagai Certified Practitioner (NFNLP, USA) pada tahun 2019.
Saya telah diiktiraf sebagai Certified Trainer HRD Corporation (HRDF) pada awal tahun 2021 sebagai usaha melengkapkan diri dengan ilmu kejurulatihan.
Pada tahun 2021 juga saya telah mengikuti program sebagai Coach diiktiraf di peringkat Associate Certified Coach (ACC) bersama International Coach Federation (ICF) untuk memudahkan saya membantu lebih ramai insan yang memerlukan khidmat coaching dalam mengeluarkan potensi diri dalam kerjaya mahupun sebagai usahawan.
Sekarang saya aktif membangunkan perniagaan usahawan tempatan di bawah jenama Coach WAN Academy dengan bekerjasama dengan pelbagai agensi dan kementerian di peringkat kerajaan federal mahupun di peringkat negeri Sarawak sendiri.
Doakan usaha membangunkan usahawan tempatan ini dipermudahkan dan membuahkan hasil.
Salam Sukses dari saya..
-Coach WAN-
No comments:
Post a Comment